As posted in Facebook. :)
Tuesday, March 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah Wabrakatuh

Seringkali kita terlupa akan kewujudan orang tua kita lebih-lebih lagi sejak kita mula sibuk dengan perihal kerja. Banyak hak dan tanggungjawab kita terhadap mereka telah kita abaikan.

Bahkan, hak mereka semakin terabai bila tempat mereka sudah ada gantinya. Bila kita sudah berumah tangga, seringkali kita terlepas pandang akan tangungjawab kita sebagai seorang anak.

Ada di antara kita merasakan, seolah-olah tiada lagi tangunggjawab kita terhadap mereka kerana kita sudah punya keluarga untuk diurus.

Ingin saya tekankan di sini bawahasanya tanggungjawab kita terhadap mereka tidak akan pernah terputus atau terhenti. Walau kita sudah berumah tangga.

Apakah tangungjawab sang suami kepada ibu bapanya?

Si suami harus memberikan perhatian walau tidak sepenuhnya kepada ibu bapa mereka. Banyak lagi cara untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita terhadap mereka. Pemedulian terhadap keadaan mereka, luangkan sedikit masa untuk berbicara dengan mereka, bertanya khabar mereka, keperluan mereka dan banyak lagi.

Sedar atau pun tidak, sewaktu kita kecil, kasih sayang yang telah mereka tumpahkan kepada kita, penat lelah mereka menjaga kita, memastikan kita dalam keadaan sihat dan selamat, wang ringgit yang telah mereka belanjakan untuk persekolahan kita… Adakah kita ingat semua itu?

Kesusahan yang telah mereka tanggung, mereka sanggup berlapar dahaga demi memastikan anak-anaknya cukup makan. Pernahkah kita selami jiwa mereka pada saat itu? Tak… sebab masa tu kita masih kecil dan belum faham. Tapi sekarang, kita dah boleh faham semua itu.

Kadang-kadang, si suami melebihakan hak isterinya berbanding ibu dan bapanya. Lebih menyedihkan lagi bila si isteri menyekat si suami untuk menunaikan hak-hak ibu dan ayahnya.

Bukankah sepatutnya cinta seorang isteri kepada suaminya sepatutnya membawanya ke syurga? Kalau sang isteri menyekat hak ibu bapa suaminya bermakna dia mengheretnya ke neraka. Ketahuilah, bahawa ibu bapanya lebih berhak kepada sang suami berbanding isteri.

Suatu kisah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah semasa hampir ajalnya.

Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya." (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kita sebagai anak-anak selalu terlepas pandang akan tanggung jawab kita terhadap ibu bapa. Tambahan lagi, jika mereka tinggal serumah dengan kita. Bosan hari-hari tengok wajah mereka. “Immune” dah dengan keberadaan mereka disisi kita.

Kita lebih merindui sang kekasih yang kita kenali hanya beberapa tahun sahaja. Yang mungkin berkorban untuk kita beberapa tahun sahaja. Kita terlupa sebenarnya tandingan pengorbanan ibu dan bapa kita. Kiralah berapa lama kita dibawah jagaan mereka. Dari kecil. Dari bayi yang lemah, tak mampu nak menyuap sesuap makanan pun. Merekalah yang menjaga kita. Mengajar kita berjalan. Tak jemu-jemu.

Tapi kita? Baru duduk sekejap dengan mereka, dah bosan nak dengar bicara mereka. Letih nak layan celoteh mereka.

Dulu waktu kita kecil, kita banyak juga suka bercakap. Mereka dengar bicara kita. Tak bosan pun. Hati mereka tabah mendidik kita walaupun kita nakal sangat.Kenapa sudah besar kita dah lupa semua itu? Kita rasa independent sangat. Kita sibuk luangkan masa dengan keluarga atau teman kita.

Ada yang sampai sanggup hari-hari keluar dengan teman dia sampai lupa akan tanggungjawab terhadap ibu dan bapa nya. Ditabur dengan materialistik agar mengaburi mata ibu dan ayah mereka. Kasih sayang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sedarkah kita selama ini hati mereka terguris dengan sikap kita? Bayangkan, berbelas-belas tahun mereka menjaga dan membesarkan kita, tetapi kita balas jasa mereka dengan apa? Sebenarnya, kita tak akan mampu pun nak balas jasa mereka sampai bila-bila.

Jadi, pekara yang terbaik yang dapat kita lakukan ialah membahagiakan dan menyenagkan hati mereka, mendoakan kesihatan mereka, memohon ampunan atas dosa-dosa mereka dan memohon kepada Allah agar membalas jasa kedua ibu bapa kita dengan syurga.

Hanya doa anak yang soleh/solehah dapat menyelamatkan Ibu bapa mereka. Itulah yang akan kekal abadi berbanding kemewahan yang sementara yang kita taburi kepada mereka. Jika kita menyayangi mereka, kita bukan sahaja mahukan kebaikkan untuk mereka di dunia, tetapi juga diakhirat.

Allahu’alam

Apakah sebenarnya

Terbuku dikalbumu

Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku

Tak bisa kurungkainya

Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakanku

Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya

Takkan terlerai kasih

Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara

Dan terima segala

Dugaan dan badai yang melanda...

Duhai ibu

Air Mata Ibu – Siti Nurhaliza







You're listening to:


Designer / Mira Muhayat
Icons / Fonts.com